Akaun legasifirdausi.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

TAFSIR AL-AZHAR

TAFSIR AL-AZHAR

Teringin sangat ada set Tafsir

di rumah?

Agar dengan lebih memahami ayat-ayat Allah ini, dapat membantu diri menjadi lebih baik, mencari solusi kehidupan, mari kita hadiahkan diri dengan Tafsir Al-Quran.

Cubalah Tafsir Al-Azhar. Dikarang oleh Buya Hamka, ulama Nusantara yang faham konteks masyarakat serumpun. 

--------------------

CIRI-CIRI TAFSIR AL-AZHAR
- Kulit nipis & tiada kotak khas
- Saiz setiap juzuk: 6 inci x 9 inci
- Purata ketebalan setiap juzuk: 0.5 - 1 inci
- Purata muka surat bagi setiap juzuk: 300 - 400 halaman
- Anggaran ketebalan untuk satu set lengkap 30 juzuk: 20 - 21 inci
- Tulisan asal HAMKA dalam Bahasa Melayu (Indonesia) dikekalkan. 
- Tulisannya mudah difahami oleh penutur bahasa Melayu di seluruh nusantara.

Apa ISTIMEWANYA Tafsir Al-Azhar ini? 

Ada lima sebab utama:

1. Bahasanya mudah dan indah.
2. Tafsirannya dekat di hati.
3. Penafsirnya adalah ulama yang diperakui oleh para tokoh agama.
4. Format buku biasa yang mudah dibawa ke sana sini.
5. Pakej lengkap 30 buku, 30 juzuk Al-Quran pada harga ekonomi.

Mengapa tafsir Al-Azhar PERLU ADA
di rumah kita?

1. Kerana ia mengandungi pelbagai bidang ilmu, ditafsirkan dalam bentuk yang ringan lagi mudah difahami.

2. Kerana ia disulami dengan bahasa Melayu indah Buya Hamka yang tidak jemu dibaca berulang-ulang kali.

3. Kerana ia ditulis dengan citra Melayu yang mana contoh dan konteks yang dekat dengan masyarakat dan budaya Melayu Nusantara.

4. Kerana di rumah sudah ada al-Quran, al-Quran terjemahan tetapi belum ada
tafsir al-Quran.

-----

Tafsir Al-Azhar adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA.

Tafsir ini mudah difahami dan diolah dengan suasana alam nusantara. Bahasanya lebih santai dan disulami sastera indah oleh HAMKA.

HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini antaranya adalah metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, Tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi’in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain. Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan menggunakan syair dan menganalisis dengan kemampuan sendiri melalui pendekatan meraikan kepelbagaian mazhab.

Kelebihan pentafsiran Al-Quran oleh HAMKA kerana beliau menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik serta menghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera dan psikologi.

Tafsir Al Azhar cukup sesuai untuk kita memahami dan mengkaji mengenai Al-Quran.

Bahasa yang halus dan kandungan penafsiran yang merangkumi pelbagai disiplin ilmu.

Tafsiran Buya Hamka diperakui para ulama dan rujukan ramai ilmuwan.

Siapakah BUYA HAMKA? 

HAMKA, ULAMA MELAYU, BERSTATUS ENSIKLOPEDIK, ULAMA 10 DALAM 1

Seorang pengkaji Buya Hamka bernama Ustaz Zahiruddin Zabidi menyatakan bahawa Hamka adalah antara ulama yang dianggap berstatus Eksiklopedik ataupun Mausu’i. Mengapa?

1. Beliau menguasai pelbagai disiplin ilmu walaupun beliau tidak pernah mendapat latar pendidikan tinggi secara formal.

2. Beliau banyak merantau mencari ilmu di Indonesia dan pernah merantau ke Mekah bagi mencari ilmu sambil menunaikan haji pada tahun 1927 iaitu pada usia 19 tahun.

3. Hamka digelar Ulamak Ensiklopedik kerana menguasai pelbagai bidang ilmu dengan cemerlang.

4. Beliau seorang SEJARAWAN dan antara karyanya yang hebat dan dirujuk sehingga hari ini adalah Sejarah Umat Islam.

5. Beliau juga seorang AHLI POLITIK dan pernah memenangi pilihanraya Indonesia pada tahun 1955 dan menduduki Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Indonesia.

6. Beliau juga seorang PENULIS dengan ratusan karya penulisan antaranya falsafah hidup (1939), tasauf moden (193) dan yang monumental adalah tafsir al-Azhar (1965).

7. Beliau juga seorang BUDAYAWAN dengan kebijaksanaannya dalam menulis karya kreatif yang terkenal sehingga ke hari ini, puisi, madah dan kebudayaan melayu terutamanya Minangkabau dalam karyanya, adat Minangkabau menghadapi revolusi.

8. Beliau juga seorang ULAMA yang diiktiraf sehingga menjadi pengerusi pertama Majlis Ulama Indonesia pada tahun 1975. Beliau juga diiktiraf dunia apabila menjadi orang melayu pertama diberikan gelaran Ustadzyah Fakhryyah (Doktor Honoris Causa) daripada Universiti Al-Azhar pada tahun 1958 dan Prof. Dr. Hamka dari UKM pada tahun 1974.

9. Beliau juga seorang SASTERAWAN dengan deretan novel yang dibaca sehingga sekarang antaranya Di bawah Lindungan Kaabah (1936), Tuan Direktur (1939), Merantau ke Deli (1940) dan yang paling terkenal adalah Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (1937)

10. Beliau juga seorang EDITOR, PENERBIT, WARTAWAN bagi majalah Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat dan Gema Islam.

11. Beliau juga seorang PEJUANG KEMERDEKAAN sehingga mendapat gelaran “Pangeran Wiroguna” oleh pemerintah Indonesia.

------

Apa kata Ustaz Fazrul Ismail,
Pentadabbur Al-Quran
My #QuranTime? 



Insya-Allah, pelaburan yang berbaloi untuk seisi keluarga dalam proses memahami al-Quran, mengamalkan dan menyampaikannya. 

TEMPAH SEGERA 

1 set 30 Juzuk Tafsir

Berharga RM750 sahaja

+

Penghantaran PERCUMA

TERUS tempah di link berikut:
Bit.ly/TafsirAzharBuyaHamka

Perlu bantuan?